Muhasabah Diri

Hari demi hari , 
Langkah disusun di sisi 
Dengan harapan dapat di isi, 
Tapi dengan apakah perlu dipenuhi 
Adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati 
Atau dengan panduan wahyu-Nya agar diri diredhai 

Wahai diri yang selalu sepi, 
Kerna tiada usaha mahu mengisi, 
Bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi 
Basuhlah hati dengan tangisan di pipi 
Yang mengalir sebab terasa jauhnya diri 
Bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi 

Wahai pemilik mulut ini, 
Yang sering mengatakan perkara yang jarang dilakukan diri 
Menegur mereka seolah diri bersih suci 
Tetapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli 
Persoalkan lah diri dan hati 
Mampukah diri bertawajjuh dalam mahkamah Ilahi 
Atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi 
Dalam tindak tanduk sehari-hari 

Muhasabahlah diri sendiri wahai diri 
Yang akan menutup mata sebentar lagi 
Dan tiada bangkit untuk kesekian kali


Hurm... Ana masih mencari ruang dan masa untuk muhasabah diri hamba .. mencari keredhaan dari Illahi .. Doakan hamba..

0 ulasan:

Catat Ulasan