Tahun Baru..Tahun Pengalaman Baru..Cabaran Baru...

Assalamualaikum,

Cuba kembali berjinak dengan blog yang sudah lama dilupakan. Mungkin kerana saya kurang rajin untuk singgah di sini kembali.. haha

Tahun baru tahun yang memberi impak kepada sesiapa sahaja. Setiap tahun mesti sahaja kita ada senarai untuk dilunaskan. Dan ada sahaja juga perkara yang lepas tidak dapat diselesaikan dan di bawa ke tahun baru.


Alhamdulillah , perjalanan saya ke tahun baru tidak banyak ketinggalan dan banyak saya menimba pengalaman hidup yang semakin ketara sukarnya .. ahaha.. arus pemerintahan semakin runcing untuk dipertingkaikan.

Saya telah mengambil langkah yang besar untuk diri saya iaitu dengan mengundurkan diri dari pekerjaan sebelum ini demi menerima tawaran dari syarikat yang lain. Ini demi untuk memperluaskan lagi pengetahuan dan menimba lebih pengalaman dalam sektor pekerjaan yang semakin hari semakin rumit demi melangsungkan perjalanan hidup.

Persekitaran kerja yang baru membuat saya berazam supaya dapat mengekalkan prestasi kerja yang setaraf dengan kemahuan syarikat. Hahaha.. membebel tentang diri saya membuat saya kadang - kadang rasa tenang . Kadangkala kita berbicara secara lisan dan ada juga secara bicara.

Abaikan semua itu, saya kembali ke ruang blog ini demi untuk menyimpan memori saya pada tahun baru ni. 


Saya dan kawan saya telah berkunjung ke Sungai Chiling untuk melepaskan tekanan setelah bekerja selama sekian hari.


Ini bukan saya .. hahah.. ini adalah kawan baik saya.. banyak telah saya terhutang budi dengan beliau. Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Aamiin .. 

Bergerak ke destinasi yang sepanjang 50 KM telah mengambil masa sejam untuk sampai dan bertemu dengan kumpulan yang dijanjikan di Masjid berdekatan.


Hehe .. sampai dalam kurungan jam 10 pagi dan suasana yang bersih dan yaman membuat kita lupa akan hakikat keindahan Allah SWT yang sememangnya sempurna.


Lintasan pertama untuk perjalanan ke destinasi sungai yang terakhir sepanjang perjalanan 3KM melibatkan jejantas lama.  Perjalanan melalui denai - denai kecil yang penuh dengan kekotoran semulajadi .. haha..



Lintasan kedua ... kedalaman paras lutut dan diambil kesempatan sambil bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke lintasan seterusnya.



Muka - muka gembira disebabkan lintasan akan berakhir setika nanti. Sungguh seketika.. haha.. padahal lintasan terakhir adalah yg terdalam dan terpaksa memikul bag supaya tidak basah. 


Hehe lintasan terakhir dan bakal mengakhiri dengan menyaksikan air jatuh destinasi terakhir perjalanan.



Sebahagian aktiviti daripada kami setelah sampai ke perhentian terakhir. Sesungguhnya sangat aman dan tekanan boleh terlerai dek persekitaran Sungai Chiling.






Setelah puas bermandi - manda dan bermain dengan ikan sungai sampai habis sebungkus roti Gardenia  panjang. Kami mula bersiap - siap untuk pulang. Hari yang amat memuaskan hati.


Sebelum pulang ke rumah masing - masing pakat mari mememorikan saat terakhir di gerbang pintu masuk Sungai Chiling Santuari Ikan .