Aku...

Aku hanya insan yang hidup dialam sementara. Insan yang dilahirkan ke atas dunia demi mencapai kejayaan akhirat. Insan yang dikurniakan pancaindera untuk melakukan kebajikkan dan juga ibadat. 

 

Tetapi daya aku hanya insan yang terikut pada nafsu. Puas aku meronta untuk dilepaskan dengan nafsu ini. Insan ini hanya makhluk yang tiada kuasa.

 

Mencari jalan yang ku anggap mampu memberi aku perlindungan. Mampu memberi aku kesejahteraan. Aku hanyalah insan yang mampu berserah pada Illahi.

 

Bismillahirahmanirahhim......

 

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.  

 

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

  

Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami, Dialah sebaik-baik yang diharapkan. Sebaik-baik pelindung dan penolong. Selawat dan salam dari Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang ampunya kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Sejahtera atas sekalian rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.



Al-Fatihah…..


0 ulasan:

Catat Ulasan