Kemurahan Rahmat ALLAH

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah dikurniakan harta dan anak oleh Allah s.w.t. Dia bertanya kepada anak-anaknya: Sanggupkah kamu melaksanakan permintaanku atau aku serahkan pusaka kepada orang lain? Apabila aku mati bakarlah jenazahku. Baginda berkata: Mengikut pengetahuanku dia juga berkata: Tumbuklah jenazahku hingga halus dan hamburkanlah ke udara kerana aku tidak mampu untuk mengemukakan amalan baik di sisi Allah sedangkan Allah s.w.t berkuasa untuk menyiksaku. Baginda bersabda: Setelah mereka berjanji, anak-anaknya melaksanakan perintah tersebut. Lalu Allah s.w.t berfirman: Apakah yang membuatkan kamu melakukan sedemikian rupa? Lelaki itu menjawab: Kerana takut kepadaMu. Baginda bersabda: Perbuatannya itu hanyalah semata-mata takut kepada Allah s.w.t.

0 ulasan:

Catat Ulasan