Permainan Aku...

Aku berminat dalam permainan interaktif tidak kira jenis apa pun MMORP, RPG, ACTION, SINGLE PLAYER, MULTIPLAYER dan lain - lain.

Sampai dikalangan kawan-kawan aku dianggap proffesional didalam permainan ini. Aku tidak pernah menganggap yang aku lebih kuat. Hanya itu cuma permainan dunia yang sementara. Permainan yang paling digemari komputer yang tiada talian internet ada DOTA ALLSTAR yang telah meningkat populariti. Allah...Dunia dunia.... ( Sampai aku pun agak ketagihan ).

Permainan yang agak mengasyikkan ( bagi ana la... ) apa 2 pun InsyaAllah supaya kita tidak leka terus hingga mengabaikan solat... Wallahualam... Zaman Jahiliah aku dengan permainan.. Ya Allah... sampai tak sanggup nak tinggal permainan tapi sanggup tinggalkan permainan..... Apa nak jadi la... Tapi Alhamdulillah mungkin kerana ajakan kawan2 sekarang aku mampu juga untuk meninggalkan demi agama ISLAM yang dicintai..

Ala permainan bukan kita tidak boleh bermain..Kalau nak bermain, mainlah tapi janganlah sampai tidak dapat menunaikan kewajipan kita untuk ALLAH.. ALLAH tidak pernah melarang untuk kita lakukan apa sahaja melainkan perkara tersebut dapat membuatkan kita lupa pada-NYA.... ALLAHUAKBAR.... Dunia zaman akhir...

Ana bukanlah pandai dalam bab ini.. Tapi sebagai saudara ISLAM ana cuma nak ingatkan supaya kita janganlah lupa pada ALLAH walaupun dalam apa jua keadaan. ALLAH sentiasa memerhatikan kita.. Tapi mampukah kita untuk melakukannya? Demi ALLAH?

Tak mengapalah... Tapi ana masih nak berkongsi lagi satu permainan yang menarik sehingga ana , abang ana , dan kawan2 ana main..

  • Tidak perlu muat-turun, permainan ini boleh terus dimainkan.
  • Anda bermain dengan ribuan pemain sebenar dalam dunia kuno yang berterusan.
  • Bangunkan kampung, berperang atau berdagang dengan jiran-jiran anda

Joinlah dengan ana di talian ini : http://www.travian.com.my/?uc=myx_44715


Aku...

Aku hanya insan yang hidup dialam sementara. Insan yang dilahirkan ke atas dunia demi mencapai kejayaan akhirat. Insan yang dikurniakan pancaindera untuk melakukan kebajikkan dan juga ibadat. 

 

Tetapi daya aku hanya insan yang terikut pada nafsu. Puas aku meronta untuk dilepaskan dengan nafsu ini. Insan ini hanya makhluk yang tiada kuasa.

 

Mencari jalan yang ku anggap mampu memberi aku perlindungan. Mampu memberi aku kesejahteraan. Aku hanyalah insan yang mampu berserah pada Illahi.

 

Bismillahirahmanirahhim......

 

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.  

 

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

  

Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami, Dialah sebaik-baik yang diharapkan. Sebaik-baik pelindung dan penolong. Selawat dan salam dari Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang ampunya kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Sejahtera atas sekalian rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.



Al-Fatihah…..


Permulaan...Islam Hidupku

Terdapat pertalian yang kukuh antara sistem sosial dengan konsep kepercayaan…
Di sana ada satu cetusan yang hidup iaitu cetusan sistem sosial dari konsep kepercayaan…, ia tumbuh sebagai tumbuhan yang hidup lagi natural, dan selepas itu ia memperbaharui diri sepenuhnya berdasarkan tafsiran yang diberikan oleh konsep kepercayaan terhadap kejadian, kedudukan di alam semesta dan tujuan kewujudan manusia…

Setiap manusia tidak boleh lari daripada mempunyai satu kepercayaan dan kefahaman yang mencorak perilaku hidupnya. Baik kepercayaan ini dinamakan ‘agama’, ‘aqidah’ atau ‘isme’, ia tetap sama.
إِنْ هِيَ إِلا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ…

“Benda-benda Yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama Yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya…” (An-Najm 53: 23)

Benarlah kata Allah s.w.t., Islam umpama benih yang bercambah membentuk sistem hidup, umpama pohon yang utuh.
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ

“Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.” (Ibrahim 14: 24)

Hal ini boleh diperluaskan hingga mencakupi bukan hanya sistem sosial tetapi juga sistem kehidupan seluruhnya, termasuklah perasaan peribadi individu, akhlak, ibadah, perlaksanaan ibadat dan tradisi mereka, ia juga mencakupi seluruh kegiatan manusia di bumi ini.
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

“Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).” (Ibrahim 14: 25)

Sistem sosial atau keperibadian individu, sistem kehidupan dan tatacara ibadah, semuanya adalah buah daripada kepercayaan dan keimanan kepada Allah. Buah yang dapat dinikmati, dirasai, dilihat dan dipraktikkan.

Kepercayaan yang dianuti manusia tidak hanya setakat membentuk sistem sosial, malahan mampu menjadi suatu acuan kepada pembentukan cara hidup manusia itu sendiri secara keseluruhannya iaitu dari sekecil kecil perkara seperti bagaimana harus berpakaian sehinggalah kepada perkara besar seperti pembentukan tatacara peradaban manusia.

Komunisme bukanlah hanya merupakan satu sistem sosial tetapi juga merupakan satu konsep kepercayaan, satu konsep ditegakkan dasar materialisme alam sejagat.

Sebaliknya, kepercayaan selain aqidah Islamiyyah menghasilkan sistem duniawi yang rapuh dan sementara.
وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الأرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ

“Dan bandingan kalimah Yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon Yang tidak berguna Yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.” (Ibrahim 14: 26)

Sebagai contohnya, fahaman komunisme tidaklah hanya sekadar suatu fahaman yang telah membentuk sistem sosial, tetapi ia juga merupakan satu anutan “keagamaan” yang mana asas pembentukan fahaman komunisme ini adalah kerana “keimanan” terhadap materialisme. Komunisme adalah “tasawwur” manakala materialisme adalah “akidah”.