Diwaris Menjana Kewangan..



Sertai Program Smart Bisnes Partner diwaris.com Untuk Membantu Anda Mencapai Matlamat Kebebasan Kewangan Anda Dengan Mengikut Kesesuaian Masa Anda!! Anda Akan Dibimbing Oleh Syarikat Yang Berpengalaman Untuk Menjadi Usahawan Tulen Dalam Bidang Pemasaran Internet!!

Keinginan anda bergantung pada kemahuan anda... Tiada menghalang anda dari mengecapi kejayaan dalam hidup.

Dengan hanya serendah RM65(Pakej65 – 1 akaun), anda kini berpeluang membongkar rahsia jutawan internet di samping menjana pendapatan yang lumayan. Dengan World Pool Extra iaitu sistem AUTO PLACEMENT 4 level, anda berpeluang untuk menjana pendapatan bonus sebanyak RM552!! Untuk pendapatan anda berterusan,

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam."
Riwayat At-Tabrani

Kemurahan Rahmat ALLAH

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah dikurniakan harta dan anak oleh Allah s.w.t. Dia bertanya kepada anak-anaknya: Sanggupkah kamu melaksanakan permintaanku atau aku serahkan pusaka kepada orang lain? Apabila aku mati bakarlah jenazahku. Baginda berkata: Mengikut pengetahuanku dia juga berkata: Tumbuklah jenazahku hingga halus dan hamburkanlah ke udara kerana aku tidak mampu untuk mengemukakan amalan baik di sisi Allah sedangkan Allah s.w.t berkuasa untuk menyiksaku. Baginda bersabda: Setelah mereka berjanji, anak-anaknya melaksanakan perintah tersebut. Lalu Allah s.w.t berfirman: Apakah yang membuatkan kamu melakukan sedemikian rupa? Lelaki itu menjawab: Kerana takut kepadaMu. Baginda bersabda: Perbuatannya itu hanyalah semata-mata takut kepada Allah s.w.t.

Nak Kongsi Link 2012...


Ana x tgk lagi... tp xpa ana download la nanti...

orang kata kat ana,..ini cite byk lawak... tp ana pesan sama ente jgn terlalu percaya ketilikan notromadus ni...

Nak Link ni dia ok.

http://kualalumpur10.forum-motion.com/Nostradamus-2012-2009-Mediafire-DVDRIP-RMVB-h32.htm

Hari Ni.......

So busy lately...ana sudah tinggal blog sudah lama... selama ana pergi OJT ana jarang sekali update... lagipun ni blog ana yang punya...hahahaa

ok la ana ada masa...ini line pun sudah ok.. ana akan update la ana punya blogg.. kepada kekawan ana keep in touch ok...

ana minta maaf...

2 September Bersamaan 12 Ramadan 1430

Wah Malam Semalam Makan Dasyat... ghhahahah...

Ari ni Pra - Present.. Ampes Cakap Terkelu-kelu... Memang Aku X pandai nak cakap..

1 September Bersamaan 11 Ramadan 1430

Hahahaha... Yay. Tarikh Lahir Aku.. Ari Ni Dah Genap 20 Rupanya Aku Ek...
Cadang Nak Buka Kat Luar Ja La... Hehe... Dah La X Sahur.. Buat Penat Jaga Ja Semalam..

25 Ogos Bersamaan 4 Ramadan 1430

Akhirnya hari keempat menjelma.. Hmmm.. ari ni malas bangun sahur sbb mlm tadi kuat 'menketedarah' apa yg beli kat bazarr... hehe ;p

Tapi jadi maslah pula kat aku sbb x sahur... last2 perut aku buat hal bunyi bak drum diketuk... huhu.. kosong!! nak isi!!.. dugaan...~~~ sabar ja lah labu~~..

Mai kelas sambung projek... install and remove and install and remove again and again and my head got migrain.. hahaha!! punya duduk lama kebas abis blakang aku.. lenguh dh lagu orang tua dah..

Huhu bosan aku sambung tgk permainan aku.. pun dh upgrade sana sini pun busan... last2 member2 sakan main blog.. pa lagi baru hari ni aku update buat kali kedua blog aku....

24 Ogos Bersamaan 3 Ramadan 1430

Hari ni... hari ketiga... aku nak cerita pasal pa??... mcm biasa.. hari ni kena sambung pasal projek lagi....

Aduhyai... x apa yg x kena la dengan projek aku ni....... mcm2 masalah timbul... nak kata benda tu x buat kita dh buat benda ni x buat kita pun dah buat.. dia x mau gak...

Punya pening pala dari pagi ke petang... last2 petang tu member ajak kuaq pi bazar ramadan.. kat bandaran.. ah! cantik... jln2 lpg skit pala ni...

pi kata nak beli ... last2 x jadi gak... member yang belanja.... pastu pulang asrama buka ja kat asrama.... hahaha!!

23 Ogos Bersamaan 2 Ramadan 1430

Hari ini hari kedua..........hari Ahad lak tu........... ish bosan tul.......... pagi tu.......basuh baju kat blok D... pasal malas baik aku pi guna mesin ja... hahhahaha!!1

Pas basuh rilek2 tgk tv kat bilik tv...... sampailah kul 12.30 tghari.. isk bosan lah.. nak kuaq sebb fikiaq nak tgk tiket....ya la smua orang dh beli,.... kita lum beli kang x blik pulak mampus nak raya sini.........

Dalam kul 2.45 ptg aku siap turun tunggu bas kat depan.......... sorang2 ja la,.... nak ajak sapa...bukan ada awek atau adik angkat... kekawan sibuk hal masing2..........

Pi la tgk tiket kat kaunter.... mula2 pi tgk HASRY EXPRESS ... kata x kuaq lagi tiket tunggu 25 aribulan ni ya dek... kata dia....

Ish... takut nanti x dpt beli pi tgk kat KKKL EXPRESS lak.... 16 aribln dah abis... 17 aribln pun abih... peh 18 pun abih... ish lagu mana?? tnya lak 19 aribulan dia kata ada... isk pikiaq punya pikiaq tunggu HASRY lak tgk 25 aribulan ni....

Pastu pi la jalan2 kat Summit sorang2..... beli2 barang.... pastu balik buka puasa..............

22 Ogos Bersamaan 1 Ramadan 1430

Hari ini dah 'start' posa... Aku x tido malam semalam......... pasang 'CPU' balik nak tgk cerita... Aku pi ambik cerita kawan.... judul apa ek?... ha'ah!! judul cerita tu ' JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK'...........

Layan jee la... best gak pa cerita ni.. Efeks pun dah kira boleh layan x la mcm cite dulu... Tengok punya tengok skali pandang jam kat komputer baru kul 2.30 pagi....... tidor sat la.....

Nasib pagi tu ada alarm set kat telefon aku....... so tepat ja kul 4.00 anset trus bising.......... punya sakit pala nak buka mata........... awal gi...... tidor balik la...sedar2 pastu lak kul 5.00 huh 'dan' lagi ni....pi basuh muka...pastu siap2 turun pi sahur..........

Naik teruskan aktiviti yang sememangnya perlu dilakukan............. pergh letih punya pasal..... kul 6.30 tido balik.... punya nya lah lama...,. sdr2 kul 12.00 tghari......... aku ingat nak kuaq bandar.. hmm x jadilah... hujan lak turun.................. tidor balik pas kul 3.00

Pastu terjaga...pergh !!! Astagfirullah!!! dah kul 7.33 mlm ............... terus gegas turun pi buka puasa kat dewan,......... naik siapkan diri.,............

Sepi Sekeping Hati

Dingin malam seakan mengigit hati..
Nan sepi tersisih di pinggir derita..
Tanpa berteman..
Tanpa kemanisan..
Sendirian..
Di temani dian malam yang kian kelam cahayanya..

Sepi sekeping hati ini..
Ingin sekali ku khabarkan padamu..
Yang hadir tiap detik hanya kelukaan..
Mungkinkah ada pengertian antara kita??..
Kau pernah terluka dan aku jua..
Sama-sama merasa pedihnya..

Aku menagis kerna dia
Tapi......
Kehadiranmu..
Membawa khabar gembira yang dulu hilang...
Niatmu nan suci itu..
Tak ingin ku pinggirkan..
Namun...
Menganyam angan denganmu...
Bagai satu mimpi...

Bagaimana dapatku nyatakan...
Diri ini tak seindah bidadari impianmu...
Terasa kerdilnya menyulam kasih itu...
Namun...
Aku rela...
Walaupun secebis ruang hatimu...
Kau simpan untuku..

Kelam malam kian menyedarkan aku...
Tak usah leka..
Yakinilah aku...
Hati ini kan ku simpan untukmu...
Andai kau sudi di sampingku...
Dan selalu setia..
Hanya untukmu..

Muhasabah Diri

Hari demi hari , 
Langkah disusun di sisi 
Dengan harapan dapat di isi, 
Tapi dengan apakah perlu dipenuhi 
Adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati 
Atau dengan panduan wahyu-Nya agar diri diredhai 

Wahai diri yang selalu sepi, 
Kerna tiada usaha mahu mengisi, 
Bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi 
Basuhlah hati dengan tangisan di pipi 
Yang mengalir sebab terasa jauhnya diri 
Bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi 

Wahai pemilik mulut ini, 
Yang sering mengatakan perkara yang jarang dilakukan diri 
Menegur mereka seolah diri bersih suci 
Tetapi hakikat diri sendiri tiada mahu peduli 
Persoalkan lah diri dan hati 
Mampukah diri bertawajjuh dalam mahkamah Ilahi 
Atas kesalahan tiada buat atas teguran tadi 
Dalam tindak tanduk sehari-hari 

Muhasabahlah diri sendiri wahai diri 
Yang akan menutup mata sebentar lagi 
Dan tiada bangkit untuk kesekian kali


Hurm... Ana masih mencari ruang dan masa untuk muhasabah diri hamba .. mencari keredhaan dari Illahi .. Doakan hamba..

Permainan Aku...

Aku berminat dalam permainan interaktif tidak kira jenis apa pun MMORP, RPG, ACTION, SINGLE PLAYER, MULTIPLAYER dan lain - lain.

Sampai dikalangan kawan-kawan aku dianggap proffesional didalam permainan ini. Aku tidak pernah menganggap yang aku lebih kuat. Hanya itu cuma permainan dunia yang sementara. Permainan yang paling digemari komputer yang tiada talian internet ada DOTA ALLSTAR yang telah meningkat populariti. Allah...Dunia dunia.... ( Sampai aku pun agak ketagihan ).

Permainan yang agak mengasyikkan ( bagi ana la... ) apa 2 pun InsyaAllah supaya kita tidak leka terus hingga mengabaikan solat... Wallahualam... Zaman Jahiliah aku dengan permainan.. Ya Allah... sampai tak sanggup nak tinggal permainan tapi sanggup tinggalkan permainan..... Apa nak jadi la... Tapi Alhamdulillah mungkin kerana ajakan kawan2 sekarang aku mampu juga untuk meninggalkan demi agama ISLAM yang dicintai..

Ala permainan bukan kita tidak boleh bermain..Kalau nak bermain, mainlah tapi janganlah sampai tidak dapat menunaikan kewajipan kita untuk ALLAH.. ALLAH tidak pernah melarang untuk kita lakukan apa sahaja melainkan perkara tersebut dapat membuatkan kita lupa pada-NYA.... ALLAHUAKBAR.... Dunia zaman akhir...

Ana bukanlah pandai dalam bab ini.. Tapi sebagai saudara ISLAM ana cuma nak ingatkan supaya kita janganlah lupa pada ALLAH walaupun dalam apa jua keadaan. ALLAH sentiasa memerhatikan kita.. Tapi mampukah kita untuk melakukannya? Demi ALLAH?

Tak mengapalah... Tapi ana masih nak berkongsi lagi satu permainan yang menarik sehingga ana , abang ana , dan kawan2 ana main..

  • Tidak perlu muat-turun, permainan ini boleh terus dimainkan.
  • Anda bermain dengan ribuan pemain sebenar dalam dunia kuno yang berterusan.
  • Bangunkan kampung, berperang atau berdagang dengan jiran-jiran anda

Joinlah dengan ana di talian ini : http://www.travian.com.my/?uc=myx_44715


Aku...

Aku hanya insan yang hidup dialam sementara. Insan yang dilahirkan ke atas dunia demi mencapai kejayaan akhirat. Insan yang dikurniakan pancaindera untuk melakukan kebajikkan dan juga ibadat. 

 

Tetapi daya aku hanya insan yang terikut pada nafsu. Puas aku meronta untuk dilepaskan dengan nafsu ini. Insan ini hanya makhluk yang tiada kuasa.

 

Mencari jalan yang ku anggap mampu memberi aku perlindungan. Mampu memberi aku kesejahteraan. Aku hanyalah insan yang mampu berserah pada Illahi.

 

Bismillahirahmanirahhim......

 

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.  

 

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

  

Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami, Dialah sebaik-baik yang diharapkan. Sebaik-baik pelindung dan penolong. Selawat dan salam dari Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang ampunya kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Sejahtera atas sekalian rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.



Al-Fatihah…..


Permulaan...Islam Hidupku

Terdapat pertalian yang kukuh antara sistem sosial dengan konsep kepercayaan…
Di sana ada satu cetusan yang hidup iaitu cetusan sistem sosial dari konsep kepercayaan…, ia tumbuh sebagai tumbuhan yang hidup lagi natural, dan selepas itu ia memperbaharui diri sepenuhnya berdasarkan tafsiran yang diberikan oleh konsep kepercayaan terhadap kejadian, kedudukan di alam semesta dan tujuan kewujudan manusia…

Setiap manusia tidak boleh lari daripada mempunyai satu kepercayaan dan kefahaman yang mencorak perilaku hidupnya. Baik kepercayaan ini dinamakan ‘agama’, ‘aqidah’ atau ‘isme’, ia tetap sama.
إِنْ هِيَ إِلا أَسْمَاءٌ سَمَّيْتُمُوهَا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ…

“Benda-benda Yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama Yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya…” (An-Najm 53: 23)

Benarlah kata Allah s.w.t., Islam umpama benih yang bercambah membentuk sistem hidup, umpama pohon yang utuh.
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ

“Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.” (Ibrahim 14: 24)

Hal ini boleh diperluaskan hingga mencakupi bukan hanya sistem sosial tetapi juga sistem kehidupan seluruhnya, termasuklah perasaan peribadi individu, akhlak, ibadah, perlaksanaan ibadat dan tradisi mereka, ia juga mencakupi seluruh kegiatan manusia di bumi ini.
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

“Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa Dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).” (Ibrahim 14: 25)

Sistem sosial atau keperibadian individu, sistem kehidupan dan tatacara ibadah, semuanya adalah buah daripada kepercayaan dan keimanan kepada Allah. Buah yang dapat dinikmati, dirasai, dilihat dan dipraktikkan.

Kepercayaan yang dianuti manusia tidak hanya setakat membentuk sistem sosial, malahan mampu menjadi suatu acuan kepada pembentukan cara hidup manusia itu sendiri secara keseluruhannya iaitu dari sekecil kecil perkara seperti bagaimana harus berpakaian sehinggalah kepada perkara besar seperti pembentukan tatacara peradaban manusia.

Komunisme bukanlah hanya merupakan satu sistem sosial tetapi juga merupakan satu konsep kepercayaan, satu konsep ditegakkan dasar materialisme alam sejagat.

Sebaliknya, kepercayaan selain aqidah Islamiyyah menghasilkan sistem duniawi yang rapuh dan sementara.
وَمَثَلُ كَلِمَةٍ خَبِيثَةٍ كَشَجَرَةٍ خَبِيثَةٍ اجْتُثَّتْ مِنْ فَوْقِ الأرْضِ مَا لَهَا مِنْ قَرَارٍ

“Dan bandingan kalimah Yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon Yang tidak berguna Yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.” (Ibrahim 14: 26)

Sebagai contohnya, fahaman komunisme tidaklah hanya sekadar suatu fahaman yang telah membentuk sistem sosial, tetapi ia juga merupakan satu anutan “keagamaan” yang mana asas pembentukan fahaman komunisme ini adalah kerana “keimanan” terhadap materialisme. Komunisme adalah “tasawwur” manakala materialisme adalah “akidah”.